Home » , , » Akhir Piala Malaysia: Kelantan cuti Ahad depan

Akhir Piala Malaysia: Kelantan cuti Ahad depan

Written By Media09 Network on Sunday, 14 October 2012 | 6:05 pm

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengisytiharkan Ahad depan sebagai cuti umum sempena kejayaan pasukan negeri itu mara ke perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia menentang Angkatan Tentara Malaysia (ATM), yang berlangsung Sabtu ini.

Final Piala Malaysia 2012 : Kelantan vs ATM
Penyokong Kelantan membanjiri Stadium
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, langkah itu diambil bagi memberi keselesaan kepada peminat dan penyokong Kelantan yang pulang daripada menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam, Selangor.

"Dengan kemudahan cuti itu, rakyat Kelantan yang pulang dari menyaksikan perlawanan tersebut tidak akan tergesa-gesa untuk balik bekerja keesokan harinya.

"Ini telah diputuskan kerajaan negeri dalam mesyuarat yang dipersetujui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar hari ini.

Beliau berkata Nik Abdul Aziz turut meminta pemain, penyokong dan peminat pasukan Kelantan menjaga disiplin serta menunjukkan sikap dan semangat kesukanan yang tinggi semasa berdepan suasana perlawanan akhir itu. - BERNAMA -
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HaRiaN MeLeToP - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger