Home » , » Senior Rakam Aksi Melampau

Senior Rakam Aksi Melampau

Written By Media09 Network on Saturday, 13 October 2012 | 1:42 am

Rakam Aksi Melampau


Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”

Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.

Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri. -hMetro-
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HaRiaN MeLeToP - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger