Home » , » Tarif Elektrik Kekal Pada Kadar Semasa sehingga Jun 2012

Tarif Elektrik Kekal Pada Kadar Semasa sehingga Jun 2012

Written By Media09 Network on Thursday, 11 October 2012 | 12:23 am


Sebelum ini kita di hebohkan dengan berita mengenai Tarif Elektrik akan Naik pada bulan November bagaimanapun khabar berita itu dinafikan malah kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

"Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif. -bernama-
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. HaRiaN MeLeToP - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger